Pengalaman dalam bidang RC


Salam sejahtera....selamat datang ke laman web dunia rc heli.Laman ini di cipta untuk berkongsi pengalaman,idea dan pendapat tentang sukan yang memerlukan penumpuan dan kemahiran yang tinggi .Berbalik pada latar belakang penulis blog,sebenarnya saya mencipta blog ini supaya dapat mengumpulkan koleksi perbadi saya pada mula-mulanya dan tak sangka terus terpikir apasalahnya di kongsi.

Ok. bercerita mengenai latar belakang ,saya Abd Rahim Abd Halim.dalam malaysia-rc guna nick aRim.atau pun im pon boleh.start berjinak dengan rc heli berumur 29 tahun,Sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak yang masih kecil. stay at Kuartes Presint 5 Putrajaya  .Berkecimpung dalam hobby ni  ketika tu balik kampung sebelah adik beradik isteri .masa time nak berangkat balik tetiba pakteh  keluarkan nitro heli size tak silap 600.masa dia test  depan mata fuhh terpesona tengok kipas heli berpusing,dengan bunyinya,asap nya dan yang paling best dia control heli tu..Fuh dari situ timbul minat dalam hati nak berkecimpung dalam sukan  rc ni secara serius hobby..lagipun semua hoby dah tak main atau ceburi.so lepas abih cuti kat kampung mula stat bekerja macam biasa..pegikeja balik keja.stay umah kuartes kerajaan,belakang kuartes adala site/padang...rupanya asal balik keja atau hujung minggu adaja dengar bunyi dekat dekat saja ...rupanya  padang belakang kuartes tempat orang main rc.tempat tu diorang selalu main nitro plane/NP.so memang nampakla plane tu dari rumah di tambah dengan bunyi  plane nitro tu..terbakar hati...mulala teringat heli yang pakteh main dan bermain di fikiran serta timbul rasa perlu dapatkan 1 ni.dari situ mula turun site...mula mula turun padang belakang rumah the short way...tengok orang main plane..oh gini rupanya dalam hati...best jugak...tapi minat tu lebih kepada rc heli lagi.lepas habis  tengok diorang main terus pulang kerumah dengan perasaan minat.so apa lagi esoknya mula taip search tanya en google apa menatang rc ni.kat mana kedai nak beli,ada forum tak boleh join.cari punya cari jumpa blog yns-rc.blogspot.com.Dari laman web tu banyak ilmu yang di share.dari pengetahuan asas,basic fly,pasang sampaila kedai kedai rc luar dan dalam serta forum forum tentang rc ni.bersyukur juga blog yns ni dapat membantu serba sedikit sebanyak dan tau  kedai kedai rc ni.

 Flying Site-Pemandangan dari tingkap rumah


Bila dah buat research di blog yns ni dapat kata kata beliau bahawa main heli atau rc ni kena ada geng dan join forum baru senang nak rujuk,kongsi pendapat.dalam pada yang sama still study atau memahami isi kandungan blog yns kerana maklumat yang di berikan sangat berguna untuk new beginer.Bermulanya titik tolak dari blog yns mula join forum malaysia-rc.Mujur forum ni tak sepi,maksudnya masih alive walau ada yang baca komen dari tahun 2006.start dengan new post mencari rc heli dan ramai rakan rakan dalam forum suggest size dan jenis heli....m..mm..  susah jugala nk mengikut kriteria yang berkenan di hati dan diorg...maklumlah new beginer.Dalam forum ni juga banyak researh pasal post post tread terdahulu di mana banyak membantu dalam mencari heli dan  maklumat yang diperlukan.Nak di jadikan cerita gi servy kat 1 kedai ni.first servy kat creston RC dimana tersalah lokasi kedai kerana creston telah berpindah ke jalan Reko kajang.Di Creston  berjumpa tanya pendapat dan  pandangan heli apa patut beli untuk new beginer ni.So bincang punya bincang dia suggest  beli ALIGN TREX 100x Combo.excited punya pasal terus beli trex 100x ni.

Bermula la episod main heli.Practice sim susah nak kawal.practive heli susah nk kawal.liar semacam.sim sama ,real sama.Main indoor dalam rumah,out door kat padang presint 2 putrajaya.crash tu tak kirala...langgar dinding rumah,jatuh dari tempat tinggi.yang paling banyak teruk langgar dinding rumah.Last main kat padang outdoor fly tinggi-tinggi sampai out off control dan tetiba heli jatuh ,main blade crash.so patah semangat masatu...ingat boleh fly sampai pro la baru pikir blade akan rosak,ni, tak fly pro lagi dah blade rosak.Semuanya tamat begitu saja.Sim 100 x pun tak main pasal macam patah semangat ja.Tapi semangat nak main heli tak pernah hilang apatah lagi belakang rumahja memang terbakar hari hari.So tumpukan pada forum pulak,mencari kawan dan bertanyakan pendapat-pendapat yang bernas.

Bermulanya berkenalan dalam forum malaysia-rc.adala kawan kawan yg  kenal.Ada yang cadang suruh yang besar terus..bila cakap new beginer baru di suggest yang size 450.pastu ada yang cadang amik 450 align..So ikut bujet anggaran 1k lebih dan tak termasuk transmitter. gi la servey kat kedai melayu area bangi.gi tanya tanya tengok fuh heli saja dah 1.6 k lebih.mak aih..tak termasuk remot lagi...dengan hati yang memikirkan bujet tak jadi amik align 450 ni...Mula masuk forum balik...tanya lagi pendapat kawan kawan.so jumpa kawan ni suggest clone pun murah...barang lebih kurang ja.semangat sket bila dengar kawan cakap ada heli yang murah murah..kiranya untuk  new beginer okla...watpa pakai yang branded punya main tak pandai mana pun.so tanya pendapat kawan kenal sorang kawan dan juga merangkap seefuu saya, dia suggest kalu taknak nyesal amik yang besar terus bab kalu amik yang 450 liar.ya tak ya juga, terus gi balik creston kajang bab ada dengar dari kawan yang dia ada bawa masuk clone.tepat dugaan kawan ..bila sampai ja di creston kedai ada stock clone dari china punya..  vctrc.fuhh lega dengar dan yang bagusnya takla mahal sangat dan dengar dengar setanding juga dengan align.tanyala size 500.dan memang ada.bincang punya bincang dan pendapat terus beli dan termasuk Phoneix Sim 4.0 Tx FUTABA T6J.


bermula episode dengan heli lebih besar dan simulator phoniex yang diharap first basic sebelum fly real .harap harap berjaya.kalini lebih bersemangat sket.so bila dah ada heli besar mestila nak kena ada tool box,tambahan tools dan juga lain lain alat.so sekarang dalam prosess beli tools tools tambahan dan lain lain di samping mempelajari heli yang saiz lebih besar.Akhirnya Blade TREX 100 telah ganti.Buat pengetahuan heli TREX 100 dah boleh fly dah...Alhamdulillah...akhirnya Berjaya juga fly micro helini dan tak sia sia beli..sampai sini saja saya kongsikan pengalaman yang ada dengan anda semua...terima kasih....







International Radio Control Heli Assosiation (IRCHA) Flying Field
View Larger Map
Sapport
Mikado,Protos,Goblin,Gaui ,Align,Kds,Tarot,Alzrc,Vctrc,M3-D,Gartt

Idol Pilot
Tareq Alsaadi,Alan Szabo,Adrian Adnan,Duncan Bossion

Thanks To 
yns-rcheli.blogspot.com
www.ronlund.com
www.rcheliresource.com

3dx-The world 3d Format Set manouevars-www.fly3dx.com


abd rahim abd halim
abdrahim_jtk08@yahoo.com
 aRim

Safety Rules


No comments:

Post a Comment

cari aku di FB